your texts here
Mistletoe




Entries About Tagboard Credits

Disclaimer



Hello, introduce yourself here :) you can write anything here!

Credits

Copyright ©. Layout by Daniazainodin. Materials from random websites. 100% edited by Dania.


SWEET MANA PUN KALAU TAK SETIA BERGADUH SELALU TAK GUNA JUGAK
12 February 2011 | 0 comments
12 FEBRUARY 2011

Perlu couple lebih dari satu ?
Perlu couple then pasang scandal ?
Perlu couple then bertekak setiap hari ?
Perlu couple then jealouskan pasangan dengan rapat dgn orang lain ?
Perlu perlu perlu ?



Itu lah persoalannya. Couple. Banyak maksud. Couple ni luas bahasanya. Tersangat luas.
Apa itu couple ? Couple = Pasangan. Sejak bila tubuhnya perkataan couple ? Dulu time kecik-kecik bukan main, bercinta. Pakwe, main balas surat, baca surat bawah meja. Itu zaman jahiliah. Sapa tak pernah buat ? Siapa ? Siapa ? Semua orang pernah.
Itu lah zaman kegemilangan surat-menyurat.



Tapi itu dulu bukan sekarang. Sekarang ? Orang ramai bermesej, pesbuk. Kalau berfacebook, heboh lah kan dekat wall tu, tanak kalah. Asal boleh tanak berimchat, nak berwall to wall. Sweet ayat dia. Katanya.
Bila bergaduh ? Mula lah nak bertekak dekat profile tu jugak. Ini lah manusia, tak pernah puas.
Kalau si makwe ni tak ada facebook. Mula lah yang si jantan mengatal dengan perempuan lain. Mana kesetiaan yang kau pernah bersumpah dekat dia ? Mana sayang kau dekat dia ? Siap ajak berscandal bagai. Amboi sedapnya kau mainkan hati perempuan.
Yang si perempuan pun sama jugak. Tak boleh salahkan pihak lelaki jugak. Dunia sudah terbalik. Banyangkan lah, perempuan boleh buat apa yang lelaki buat.



Dulu katanya sayang, cinta mati. No one can replace you, you're my only one. Hanya lah hangat-hangat tahik ayam sahaja. Hakikatnya tidak. Itu lah perkataan manis lelaki. Sungguh manis mulutnya.
Bila bergaduh, mula lah. Karo betine sundal babi semua keluaq. Padahal orang yang dimaki lah yang pernah dia sayang. Kenapa fikiran korang tak terbuka langsung.
Kebanyakkan aku tengok dalam fb and reality orang yg kononya sweet ni lah cepat clash. Dulu punya sayang, tuptap clash. Ceritanya, tak gaduh, sweet sangat, selalu keluar sesama. Hari-hari mesej, padahal ? Bukan itu hakikatnya. Tapi sebaliknya ..


Nak tunjuk depan aku dah kawan-kawan yang lain dia sweet, tak pernah gaduh. Parents restu, nak couple sampai bila bila. Tapi hakikatnya kau menipu, bukan itu yang berlaku. Kau tipu, nak jealouskan aku dgn kawan-kawan. Hakikat yang sebenar tiap hari gaduh, parents tak tahu korang couple. Malu ? Iya mmg patut, jangan buat cita yang tak berlaku. Manusia oh manusia. Tak pernah bersyukur.
Lainnya, kebanyakkan aku tengok orang naik motor peluk sana peluk sini. Mmg rapat, mmg rapat sangat. Padahal banyak lagi ruang boleh diundur ke belakang. Apa sebab ? Sebab nak tunjuk yang kau sweet ? Ke nak bagi pasangan kau rasa buah kau ? Manusia tak pernah ada malu. Itu bukan suami awak.



Pakaian ? Ada yang terdedah nampak buat dada. Ada yang terdedah nampak longkong bontot. Mana didikan agama islam yang diajar dari kecil ? Mana malu sebagai perempuan ? Mana perginya maruah diri ?
Manusia. Fikirlah sendiri. Itu baru boyfriend kak, belum suami. Apa yang suami kau dapat dari kau ? Apa ? Semua benda kau dah tunjuk dulu dkt boyf kau sebelum kau kahwin. Manusia OHH Manusia.
Aku tulis ni berdasarkan pengalaman. Orang couple bertahun-tahun, 7 tahun, 10 tahu, 15 tahun then kahwin, itu yang bagus sebenarnya. Itu lah hikmah dapat restu dari keluarga. Bukanya couple dalam diam.


" Nak keluar boleh, jaga diri, jaga maruah keluarga dan diri. Igt kita orang islam kak "
Itu lah ayat yang diselalu dikeluarkan oleh Hassan, abah thank you iloveyou. Itu kata-kata abah yang aku akan selalu igt.
Jangan nak bangga sangat yang konon kau sweet couple, naik motor peluk sana sini. Kak, Tuhan tak tengok semua tu. Jaga adab jaga diri. Itu penting. Ini lah, manusia diakhir zaman. Bumi sudah tua, tinggal masa sahaja. Fikirlah manusia fikir.


|